Saturday, July 2, 2022

KETIKA DAN KALIMAT

    ALHAMDULILLAH, tamat sudah kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Sejujurnya pada awal aku ambil kursus ni aku tak paham aku nak belajar apa. Multimedia dalam bahasa? How? Yang aku bayangkan maybe kene guna media sosial, yelah multimedia kan i guess so la. 

    First week start class 1.03.2022. Prof yang ajar memang sporting. Nama dia Prof Dr Normaliza bt Abd Rahim. Beliau seorang yang sangat sempoi, chill chill je gitu. Dalam chill chill tu prof seorang yang sangat tegas. Dia tak suka budak masuk lambat. Dan lagi satu prof ni kelakar tau.  Apa yang kelakar pada Prof dia suka cakap cangkeman cangkeman dalam bahasa korea. hahahahah. Prof Normaliza pernah kerja kat Korea tu yang Prof tahu berinteraksi bahasa Korea. For the first time aku rasa mcm kerja yang prof bagi ni banyak sangat weh. Jujur la memang agak stress. First tugasan dah kene buat Instagram hobi n personal. Lepastu prof cakap kene selalu update. Weh aku ni mana la selalu update weh apa ii dekat ig. Aku jenis tak suka dengan media sosial ni . Yang aku banyak guna pun ni ha Whatsapp. Haduh time tu aku da garu kepala da. 

    Nak dikatakan every week mesti ada tugasan yang prof bagi. Penat wehh. Tapi apakan daya. Kene buat juga. Bila dah belajar lama lama ni baru aku sedar yang kursus ni sebenarnya sangat enjoy. Nak tahu kenapa? Sebab kitorang dapat cungkil bakat terpendam kitorang. Tugasan yang diberi ada yang kene menyanyi, menari, berlakon dan sebagainya. Apa yang kami buat ni melalui tugasan one shot one layer, two layer, dan three layer. Masa ni juga la aku dapat rasakan semangat berpasukan. Ahli kumpulan aku semua bagi kerjasama yang baik. Mula mula kami kawan macam biasa je tapi bila da segroup ni kami jadi semakin akrab. Semua benda buat sama sama. ROMULO PRODUCTION. Ha itulah nama group aku. Kalau nak tengok video-video kitorang, boleh tengok di Youtube kami.

    Dalam kursus ni aku belajar pelbagai benda. Cara nak tangkap gambar, cara nak shot video, asas-asas fotografi and so on la. Secara ringkasnya kalau belajar subjek ni kau boleh jadi photographer, pengarah, penulis skrip and apa-apa yang berkaitan dengan multimedia. Best guys...Prof juga tak pernah jemu untuk menerangkan satu persatu topik yang kami supaya tugasan yang dilakukan oleh kami dijalankan dengan sempurna. Kami juga ada merakam video tragedi, video seram dan video fokus. Video-video tersebut merupakan asas videografi dalam multimedia yang kami boleh praktikkan untuk masa akan datang.

    Secara keseluruhannya, walaupun kursus ini agak penat tapi aku enjoy lakukan semua tugasan yang diberikan. Daripada seorang yang pemalu kini aku jadi lebih yakin untuk lihat dunia luar. Terima kasih Prof Dr Normaliza atas segala didikan dan dorongan yang diberikan. Saya doakan prof sentiasa sihat dan semoga kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Kursus ini adalah kursus yang terindah buat diri saya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli-ahli kumpulan aku. You guys did a great job my dear. 

Terima kasih semua. I love youuuu.... Saranghaeoo



ROMULO PRODUCTION


Saturday, June 25, 2022

PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA [KUMPULAN ROMULO]

 Hai guys, Assalamualaikum. 

Di post kali ni kumpulan saya iaitu kumpulan ROMULO PRODUCTION telah ditugaskan untuk melakukan pembentangan mengenai keseluruhan buku Multimedia dalam bahasa karya Prof Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Buku tersebut mengandungi 7 bab keseluruhannya dan kami ditugaskan untuk membentangkan isi setiap bab. Masa yang diberikan untuk kumpulan hanya 30 minit. 30 minit dear, ko rasa laju tak laju la kami nak bentang hahahah.. 

Berikut merupakan pautan link pembentangan resensi buku MULTIMEDIA DALAM BAHASA:

https://docs.google.com/presentation/d/1kGEFioEJQwM40KysfYpA4qXdPaGtTa4J/edit?usp=sharing&ouid=102527083305093141621&rtpof=true&sd=true



Wednesday, June 22, 2022

PODCAST

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai u ollss. Di post saya kali ini, merupakan tugasan saya pada minggu ke-12. Saya dikehendaki membuat satu pembentangan mengenai sebuah podcast. Podcast yang dipilih adalah bebas dan pelajar diberi masa 5 minit dalam perbentangan.

Berikut merupakan PPT Podcast saya: 







Saturday, June 18, 2022

TUGASAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan kumpulan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab diagihkan secara adil kepada ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Proses penyediaan slaid bagi tugasan ini juga berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dan memberikan kerjasama yang amat baik. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan pembentangan.


Kehadiran kuliah 15 jun 2022

Tugasan Podcast

Tugasan podcast ini memerlukan kami untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan. Pembentangan mengambil masa 5 minit bagi tiap individu. Podcast boleh dipilih daripada channel yang sama tetapi tajuk yang dipilih mestilah berbeza bagi setiap individu. Kami diminta untuk menceritakan tentang podcast, sedikit latar belakang podcast tersebut, keistimewaan podcast, kandungan yang terdapat dalam podcast dan lain-lain. 

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:

1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production
5. VA Production

Saya memilih podcast "Ketenangan dalam Kekecewaan" daripada Radio IKIM FM bersama penceramah motivasi iaitu Prof Dato Dr Muhaya.


Kehadiran kuliah 15 Jun 2022

KETIKA DAN KALIMAT