Saturday, July 2, 2022

KETIKA DAN KALIMAT

    ALHAMDULILLAH, tamat sudah kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Sejujurnya pada awal aku ambil kursus ni aku tak paham aku nak belajar apa. Multimedia dalam bahasa? How? Yang aku bayangkan maybe kene guna media sosial, yelah multimedia kan i guess so la. 

    First week start class 1.03.2022. Prof yang ajar memang sporting. Nama dia Prof Dr Normaliza bt Abd Rahim. Beliau seorang yang sangat sempoi, chill chill je gitu. Dalam chill chill tu prof seorang yang sangat tegas. Dia tak suka budak masuk lambat. Dan lagi satu prof ni kelakar tau.  Apa yang kelakar pada Prof dia suka cakap cangkeman cangkeman dalam bahasa korea. hahahahah. Prof Normaliza pernah kerja kat Korea tu yang Prof tahu berinteraksi bahasa Korea. For the first time aku rasa mcm kerja yang prof bagi ni banyak sangat weh. Jujur la memang agak stress. First tugasan dah kene buat Instagram hobi n personal. Lepastu prof cakap kene selalu update. Weh aku ni mana la selalu update weh apa ii dekat ig. Aku jenis tak suka dengan media sosial ni . Yang aku banyak guna pun ni ha Whatsapp. Haduh time tu aku da garu kepala da. 

    Nak dikatakan every week mesti ada tugasan yang prof bagi. Penat wehh. Tapi apakan daya. Kene buat juga. Bila dah belajar lama lama ni baru aku sedar yang kursus ni sebenarnya sangat enjoy. Nak tahu kenapa? Sebab kitorang dapat cungkil bakat terpendam kitorang. Tugasan yang diberi ada yang kene menyanyi, menari, berlakon dan sebagainya. Apa yang kami buat ni melalui tugasan one shot one layer, two layer, dan three layer. Masa ni juga la aku dapat rasakan semangat berpasukan. Ahli kumpulan aku semua bagi kerjasama yang baik. Mula mula kami kawan macam biasa je tapi bila da segroup ni kami jadi semakin akrab. Semua benda buat sama sama. ROMULO PRODUCTION. Ha itulah nama group aku. Kalau nak tengok video-video kitorang, boleh tengok di Youtube kami.

    Dalam kursus ni aku belajar pelbagai benda. Cara nak tangkap gambar, cara nak shot video, asas-asas fotografi and so on la. Secara ringkasnya kalau belajar subjek ni kau boleh jadi photographer, pengarah, penulis skrip and apa-apa yang berkaitan dengan multimedia. Best guys...Prof juga tak pernah jemu untuk menerangkan satu persatu topik yang kami supaya tugasan yang dilakukan oleh kami dijalankan dengan sempurna. Kami juga ada merakam video tragedi, video seram dan video fokus. Video-video tersebut merupakan asas videografi dalam multimedia yang kami boleh praktikkan untuk masa akan datang.

    Secara keseluruhannya, walaupun kursus ini agak penat tapi aku enjoy lakukan semua tugasan yang diberikan. Daripada seorang yang pemalu kini aku jadi lebih yakin untuk lihat dunia luar. Terima kasih Prof Dr Normaliza atas segala didikan dan dorongan yang diberikan. Saya doakan prof sentiasa sihat dan semoga kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Kursus ini adalah kursus yang terindah buat diri saya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli-ahli kumpulan aku. You guys did a great job my dear. 

Terima kasih semua. I love youuuu.... Saranghaeoo



ROMULO PRODUCTION


No comments:

Post a Comment

KETIKA DAN KALIMAT