Saturday, July 2, 2022

KETIKA DAN KALIMAT

    ALHAMDULILLAH, tamat sudah kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Sejujurnya pada awal aku ambil kursus ni aku tak paham aku nak belajar apa. Multimedia dalam bahasa? How? Yang aku bayangkan maybe kene guna media sosial, yelah multimedia kan i guess so la. 

    First week start class 1.03.2022. Prof yang ajar memang sporting. Nama dia Prof Dr Normaliza bt Abd Rahim. Beliau seorang yang sangat sempoi, chill chill je gitu. Dalam chill chill tu prof seorang yang sangat tegas. Dia tak suka budak masuk lambat. Dan lagi satu prof ni kelakar tau.  Apa yang kelakar pada Prof dia suka cakap cangkeman cangkeman dalam bahasa korea. hahahahah. Prof Normaliza pernah kerja kat Korea tu yang Prof tahu berinteraksi bahasa Korea. For the first time aku rasa mcm kerja yang prof bagi ni banyak sangat weh. Jujur la memang agak stress. First tugasan dah kene buat Instagram hobi n personal. Lepastu prof cakap kene selalu update. Weh aku ni mana la selalu update weh apa ii dekat ig. Aku jenis tak suka dengan media sosial ni . Yang aku banyak guna pun ni ha Whatsapp. Haduh time tu aku da garu kepala da. 

    Nak dikatakan every week mesti ada tugasan yang prof bagi. Penat wehh. Tapi apakan daya. Kene buat juga. Bila dah belajar lama lama ni baru aku sedar yang kursus ni sebenarnya sangat enjoy. Nak tahu kenapa? Sebab kitorang dapat cungkil bakat terpendam kitorang. Tugasan yang diberi ada yang kene menyanyi, menari, berlakon dan sebagainya. Apa yang kami buat ni melalui tugasan one shot one layer, two layer, dan three layer. Masa ni juga la aku dapat rasakan semangat berpasukan. Ahli kumpulan aku semua bagi kerjasama yang baik. Mula mula kami kawan macam biasa je tapi bila da segroup ni kami jadi semakin akrab. Semua benda buat sama sama. ROMULO PRODUCTION. Ha itulah nama group aku. Kalau nak tengok video-video kitorang, boleh tengok di Youtube kami.

    Dalam kursus ni aku belajar pelbagai benda. Cara nak tangkap gambar, cara nak shot video, asas-asas fotografi and so on la. Secara ringkasnya kalau belajar subjek ni kau boleh jadi photographer, pengarah, penulis skrip and apa-apa yang berkaitan dengan multimedia. Best guys...Prof juga tak pernah jemu untuk menerangkan satu persatu topik yang kami supaya tugasan yang dilakukan oleh kami dijalankan dengan sempurna. Kami juga ada merakam video tragedi, video seram dan video fokus. Video-video tersebut merupakan asas videografi dalam multimedia yang kami boleh praktikkan untuk masa akan datang.

    Secara keseluruhannya, walaupun kursus ini agak penat tapi aku enjoy lakukan semua tugasan yang diberikan. Daripada seorang yang pemalu kini aku jadi lebih yakin untuk lihat dunia luar. Terima kasih Prof Dr Normaliza atas segala didikan dan dorongan yang diberikan. Saya doakan prof sentiasa sihat dan semoga kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Kursus ini adalah kursus yang terindah buat diri saya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli-ahli kumpulan aku. You guys did a great job my dear. 

Terima kasih semua. I love youuuu.... Saranghaeoo



ROMULO PRODUCTION


Saturday, June 25, 2022

PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA [KUMPULAN ROMULO]

 Hai guys, Assalamualaikum. 

Di post kali ni kumpulan saya iaitu kumpulan ROMULO PRODUCTION telah ditugaskan untuk melakukan pembentangan mengenai keseluruhan buku Multimedia dalam bahasa karya Prof Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Buku tersebut mengandungi 7 bab keseluruhannya dan kami ditugaskan untuk membentangkan isi setiap bab. Masa yang diberikan untuk kumpulan hanya 30 minit. 30 minit dear, ko rasa laju tak laju la kami nak bentang hahahah.. 

Berikut merupakan pautan link pembentangan resensi buku MULTIMEDIA DALAM BAHASA:

https://docs.google.com/presentation/d/1kGEFioEJQwM40KysfYpA4qXdPaGtTa4J/edit?usp=sharing&ouid=102527083305093141621&rtpof=true&sd=true



Wednesday, June 22, 2022

PODCAST

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai u ollss. Di post saya kali ini, merupakan tugasan saya pada minggu ke-12. Saya dikehendaki membuat satu pembentangan mengenai sebuah podcast. Podcast yang dipilih adalah bebas dan pelajar diberi masa 5 minit dalam perbentangan.

Berikut merupakan PPT Podcast saya: 







Saturday, June 18, 2022

TUGASAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan kumpulan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab diagihkan secara adil kepada ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Proses penyediaan slaid bagi tugasan ini juga berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dan memberikan kerjasama yang amat baik. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan pembentangan.


Kehadiran kuliah 15 jun 2022

Tugasan Podcast

Tugasan podcast ini memerlukan kami untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan. Pembentangan mengambil masa 5 minit bagi tiap individu. Podcast boleh dipilih daripada channel yang sama tetapi tajuk yang dipilih mestilah berbeza bagi setiap individu. Kami diminta untuk menceritakan tentang podcast, sedikit latar belakang podcast tersebut, keistimewaan podcast, kandungan yang terdapat dalam podcast dan lain-lain. 

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:

1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production
5. VA Production

Saya memilih podcast "Ketenangan dalam Kekecewaan" daripada Radio IKIM FM bersama penceramah motivasi iaitu Prof Dato Dr Muhaya.


Kehadiran kuliah 15 Jun 2022

Thursday, June 16, 2022

VIDEO DOKUMENTARI

 Tajuk: Amalan Gaya Hidup Sihat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Semua orang impikan memiliki sebuah gaya hidup sihat, namun untuk membuat perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Membuang tabiat buruk dan menggantikannya dengan tabiat baik merupakan satu tugas yang amat mencabar. Ramai yang putus asa di tengah jalan. 

Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai amalan tabiat hidup yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Ia merupakan satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas. Ia juga merupakan satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga, masyarakat dan juga negara.


ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan pautan video dokumentari kumpulan saya yang bertajuk 'Amalan Gaya Hidup Sihat'



Kehadiran Kuliah Amali 

Tarikh: 17.06.2022

Masa: 10 - 11.00 a.m

Wednesday, June 15, 2022

ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO SETEMPAT


 Video setempat 

    Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video setempat merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video itu dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dengan humor dan perkara yang berlaku pada masa itu. Video setempat digemari oleh pengguna telefon bimbit yang gemar memberi berita terkini tentang dirinya.

Kali pertama menjejakkan kaki di Sushi King setelah berjuta juta kali dipaksa kini ku rela hahahaha.. Terpegun dan terpesona melihat makanan yang bergerak melalui semua meja meja di kawasan itu.. Makanan yang unik dan sangat enak walaupun rasa agak pelik namun tetap menikmati kerana perut yang sudah bergeroncong dari tadi.

Lokasi: SUSHI KING WETEX PARADE, MUAR JOHOR.

Berikut merupakan pautan YouTube video tugasan saya:

https://youtu.be/ev1tfhG2nOg









Tuesday, June 14, 2022

ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO TRAGEDI

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Emosi seperti sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video tragedi seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberikan impak dalam kehidupan seseorang. Video ini juga memerlukan lakonan yang baik daripada pelakon dan emosi yang terserlah dengan jelas di wajah setiap pelakon tersebut. Selain itu, video ini melibatkan tragedi seperti kemalangan, kematian, pembunuhan dan lain-lain. 

ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan persembahan video tragedi ahli kumpulan saya di Youtube: 



ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO SERAM

Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video seram merupakan video yang berbentuk penceritaan yang memberikan kesan yang menakutkan. Video seram biasanya melibatkan hantu atau entiti yang kelihatan atau tidak kelihatan. Video seram juga boleh melibatkan manusia namun penceritaan harus berfokus kepada seram dan menakutkan. Video seram sebagai asas video mempunyai durasi dalam tujuh minit sahaja. Hal in kerana penceritaan video ini ringkas dan padat. Sebagai individu yang baru belajar tentang asas video, video seram boleh membantu dalam membuat penggambaran di lokasi yang seram dan menakutkan orang ramai seperti dalam hutan, rumah kosong dan terbiar, kubur dan lain-lain.


ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan persembahan video seram ahli kumpulan saya di Youtube yang bertajuk "DENDAM ALIYA"



Friday, June 10, 2022

INFOGRAFIK KELEBIHAN 7 MEDIA SOSIAL

Bagi kelas amali minggu ini, kami diminta untuk menyediakan satu infografik kelebihan semua media sosial yang pernah dipelajari dalam kursus ini. Antaranya, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, LinkedIn, YouTube dan termasuklah Blogger sendiri. Setiap media sosial ini mempunyai kelebihan yang unik yang berbeza dengan platform media sosial lain. Berikut merupakan infografik kelebihan media sosial yang dihasilkan:





Kehadiran Amali minggu ke-11 (10.06.2022)

Thursday, June 9, 2022

ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO LAGU

    Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik.

    

ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan persembahan video lagu 2 insan ahli kumpulan saya di Youtube:



Kehadiran Kuliah - 8.06.2022

Wednesday, June 8, 2022

Asas Videografi: Video Fokus

    Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video fokus ataupun video tanpa wajah merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini kerana tiada wajah yang terdapat dalam video tersebut, maka emosi tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan.


ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan persembahan video fokus ahli kumpulan saya di Youtube yang bertajuk 'Surat Cinta Untuk Suami' 


Kehadiran kuliah Minggu 9 - 26.05.2022

Friday, June 3, 2022

LINKEDIN

Pembukaan Akaun Linkedin untuk masa hadapan!

Bagi kelas amali minggu ini, kami telah diperkenalkan berkaitan suatu platform bernama LinkedIn. LinkedIn ialah rangkaian profesional berasaskan microblogging terbesar di dunia. Platform ini ialah tempat yang sesuai untuk menghubungkan dan mengukuhkan hubungan profesional serta mengasah kemahiran dalam memajukan kerjaya. Pada dasarnya, LinkedIn serupa dengan Facebook tetapi lebih menjurus kepada membina hubungan profesional dan perniagaan, berbanding hubungan persahabatan yang biasanya digunakan untuk berkongsi perkara peribadi tentang kehidupan seharian seperti media sosial lain. Kami juga telah diajar mengenai langkah penciptaan akaun LinkedIn serta cara untuk berhubung atau 'connect' bersama pengguna yang lain seperti di bawah:





Kehadiran Amali minggu 10 (3.06.2022)






Tuesday, May 31, 2022

ASAS VIDEOGRAFI (ONE SHOT THREE LAYER)

 video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan suntingan kecuali bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot disertai dengan satu lagu yang sesuai. 

    Video one shot juga boleh dirakam dengan one shot three layer . One shot three layer pula menunjukkaan bahawa terdapat tiga lapisan dalam satu video tersebut. Lapisan pergerakan boleh dilakukan dengan membuat penggambaran di kawasan yang mempunyai pokok yang bergoyang, laluan kereta ataupun apa juga yang bergerak. Pergerakan yang tidak sengaja ataupun asli seperti pokok ditiup angin atau air sungai yang mengalir.



ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan pautan persembahan ahli kumpulan saya yang bertajuk 'ONE SHOT (THREE LAYER)'



Saturday, May 28, 2022

ASAS VIDEOGRAFI (ONE SHOT TWO LAYER)

Video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan suntingan kecuali bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot disertai dengan satu lagu yang sesuai. 

Video one shot juga boleh dirakam dengan one shot two layer . One shot two layer dirakamkan dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian . Biasanya lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut dilakukan dan hal ini menunjukkan video yang menarik.


ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan pautan persembahan ahli kumpulan saya yang bertajuk 'ONE SHOT (TWO LAYER)'


https://youtu.be/3_B7P3Epcrg

Friday, May 27, 2022

SENAMAN RINGKAS (TIKTOK)

 

https://vt.tiktok.com/ZSdVmHhxy/?k=1

NASIHAT IBU (FACEBOOK)

 




KATA-KATA HIKMAH (TWITTER)

 Kata-kata Hikmah

Berikut merupakan kata kata hikmah yang telah saya upload di twitter peribadi saya



https://twitter.com/Shahira_Wilson/status/1530056631421386752?t=2RZtAX_klve5u4EwwZDYLA&s=19












TEKA TEKI (INSTAGRAM)

Teka teki adalah soalan yg dikemukakan secara samar-samar dan rumit yg jawabannya harus diduga, soalan utk menduga akal kanak-kanak biasanya sangat suka akan soalan tersebut.


Berikut merupakan 2 soalan teka teki yang telwh saya post di instagram peribadi:



Jawapan: Nyamuk



Jawapan: Lilin




https://www.instagram.com/p/CeDKa-tpY0U-PLDzW-B4Q1zMgaXIs7hActuhEE0/?igshid=MDJmNzVkMjY=



Monday, May 23, 2022

TWITTER: RUANG

 Posting 'RUANG' di akaun twitter peribadi:


 Retweet posting 'RUANG' di akaun twitter rakan:


Saturday, May 21, 2022

Thursday, May 19, 2022

ASAS VIDEOGRAFI (ONE SHOT)

 Asas Videografi One Shot (One Layer)

Video One Shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video (kamera/ telefon). Video ini tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot disertai dengan satu lagu sahaja. 

Pengambaran tersebut juga perlu menonjolkan mimik muka dan pergerakan bibir nyanyian individu atau berkumpulan. Video one shot yang menarik adalah dari segi susunan pergerakan keluar dan masuk sepanjang pengambaran tersebut. 



ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan pautan persembahan ahli kumpulan saya yang bertajuk 'ONE SHOT (ONE LAYER)'


https://youtu.be/nifx2O4a2mY

Tuesday, May 17, 2022

SIMPULAN BAHASA

Assalamualaikum and hello everybody....💖

Post kali ni adalah tugasan saya bagi kuliah minggu ke-6, untuk kursus Multimedia Dalam Bahasa. Saya kene ambil 2 gambar yang berkaitan simpulan bahasa yang telah dipilih dan ditetapkan oleh saya dan ahli kumpulan saya yang lain. 




Berikut merupakan pautan video persembahan ahli kumpulan saya yang bertajuk 'SIMPULAN BAHASA'



Monday, May 9, 2022

SWAFOTO

 Swafoto individu












Swafoto Beramai-ramai


Lokasi: Pasaraya Top Opal

Masa: 8:55 p.m

Model: Nur Shahira, Iffah Aqilah & Mazita

Model telefon: Iphone 11

Penceritaan: Menunggu jam punch card untuk balik 


Lokasi: Rumah Nuraisah

Masa: 9:50 p.m

Model: Nur Shahira, Iffah Aqilah, Nuraisah, Zafirah, Nurhasmizah & Hanis

Model telefon: Iphone 11

Penceritaan: Kenangan beraya rumah rakan pada tahun 2022


Lokasi: Rumah Nuraisah

Masa: 9:50 p.m

Model: Nur Shahira, Iffah Aqilah, Nuraisah, Zafirah, Nurhasmizah & Hanis

Model telefon: Iphone 11

Penceritaan: Kenangan beraya rumah rakan pada tahun 2022


Lokasi: Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Masa: 8.27 p.m

Model: Ahmad Harraz, Nur Sahila, Nur Shahira & Deena Hayfa

Model telefon: Iphone 11

Penceritaan: Melayani anak-anak sementara menunggu makanan sampai



Lokasi: Bukit Mor Parit Jawa

Masa: 8.34 a.m

Model: Nur Shahira, atikah, Hanis, Zahidah, Sahila & Nurhasmizah

Model telefon: Iphone 6s

Penceritaan: Tangkapan selfie di pertengahan perjalanan mendaki bukit Mor



Berikut merupakan pautan video persembahan saya bagi tajuk Swafoto

https://youtu.be/EtFkboEFVnE

Sunday, May 8, 2022

ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

    Flatlay merujuk kepada cara gambar atau foto yang diambil oleh seseorang. Terdapat 4 jenis flatlay yang digunakan dalam pengambilan sesuatu gambar yang cantik dan menarik. Antaranya ialah Flatlay, Half Flatlay, Quarter Flatlay dan Zero Flatlay.

    Flatlay merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan 90 darjah daripada gambar dan gambar atau foto yang diambil nampak kelihatan daripada bahagian atas. Half Flatlay merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan 45 darjah daripada item dan gambar yang diambil kelihatan daripada sisi atas. Quarter Flatlay merujuk kepada kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5 darjah daripada objek yang ingin difoto. Zero Flatlay adalah kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai atau meja agar serata. 


ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan pautan video persembahan ahli kumpulan saya yang bertajuk 'FLATLAY'

https://youtu.be/8vM3WD0cUbs      

Saturday, May 7, 2022

TWITTER: NILAI ESTETIKA

 Posting 'NILAI ESTETIKA' di ruangan twitter sendiri:

Retweet 'NILAI ESTETIKA' daripada twitter rakan-rakan:






Wednesday, April 20, 2022

CLOSE-UP EMOSI

 Close-Up Emosi

Close-up biasa digunakan untuk tujuan menunjukkan wajah seseorang dengan jelas. Close-up juga boleh dilakukan semasa seseorang itu melakukan aktiviti namun,memfokuskan kepada wajah ataupun aktiviti yang dilakukan dalam jarak yang paling dekat

Untuk tugasan minggu ke-4 (amali) kali ini kami telah ditugaskan untuk memilih 10 emosi bagi menyediakan gambar close-up emosi. Oleh itu, terdapat 10 emosi telah dipilih sebagai gambaran close-up emosi oleh ahli kumpulan saya iaitu Romulo Production.


Hasil gambar Close-Up Emosi:

    

            
                                           
                                             1. Marah                                                       2. Sedih



                                            3. Keliru                                                     4. Gembira


              

                                            5. Takut                                                         6. Sakit


             

                                        7. Terkejut                                                         8. Malu


              

                                               9. Penat                                                      10. Risau

KETIKA DAN KALIMAT