Thursday, June 16, 2022

VIDEO DOKUMENTARI

 Tajuk: Amalan Gaya Hidup Sihat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Semua orang impikan memiliki sebuah gaya hidup sihat, namun untuk membuat perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Membuang tabiat buruk dan menggantikannya dengan tabiat baik merupakan satu tugas yang amat mencabar. Ramai yang putus asa di tengah jalan. 

Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai amalan tabiat hidup yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Ia merupakan satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas. Ia juga merupakan satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga, masyarakat dan juga negara.


ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan pautan video dokumentari kumpulan saya yang bertajuk 'Amalan Gaya Hidup Sihat'



Kehadiran Kuliah Amali 

Tarikh: 17.06.2022

Masa: 10 - 11.00 a.m

No comments:

Post a Comment

KETIKA DAN KALIMAT