Friday, June 3, 2022

LINKEDIN

Pembukaan Akaun Linkedin untuk masa hadapan!

Bagi kelas amali minggu ini, kami telah diperkenalkan berkaitan suatu platform bernama LinkedIn. LinkedIn ialah rangkaian profesional berasaskan microblogging terbesar di dunia. Platform ini ialah tempat yang sesuai untuk menghubungkan dan mengukuhkan hubungan profesional serta mengasah kemahiran dalam memajukan kerjaya. Pada dasarnya, LinkedIn serupa dengan Facebook tetapi lebih menjurus kepada membina hubungan profesional dan perniagaan, berbanding hubungan persahabatan yang biasanya digunakan untuk berkongsi perkara peribadi tentang kehidupan seharian seperti media sosial lain. Kami juga telah diajar mengenai langkah penciptaan akaun LinkedIn serta cara untuk berhubung atau 'connect' bersama pengguna yang lain seperti di bawah:





Kehadiran Amali minggu 10 (3.06.2022)






No comments:

Post a Comment

KETIKA DAN KALIMAT