Saturday, June 25, 2022

PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA [KUMPULAN ROMULO]

 Hai guys, Assalamualaikum. 

Di post kali ni kumpulan saya iaitu kumpulan ROMULO PRODUCTION telah ditugaskan untuk melakukan pembentangan mengenai keseluruhan buku Multimedia dalam bahasa karya Prof Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Buku tersebut mengandungi 7 bab keseluruhannya dan kami ditugaskan untuk membentangkan isi setiap bab. Masa yang diberikan untuk kumpulan hanya 30 minit. 30 minit dear, ko rasa laju tak laju la kami nak bentang hahahah.. 

Berikut merupakan pautan link pembentangan resensi buku MULTIMEDIA DALAM BAHASA:

https://docs.google.com/presentation/d/1kGEFioEJQwM40KysfYpA4qXdPaGtTa4J/edit?usp=sharing&ouid=102527083305093141621&rtpof=true&sd=true



Wednesday, June 22, 2022

PODCAST

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai u ollss. Di post saya kali ini, merupakan tugasan saya pada minggu ke-12. Saya dikehendaki membuat satu pembentangan mengenai sebuah podcast. Podcast yang dipilih adalah bebas dan pelajar diberi masa 5 minit dalam perbentangan.

Berikut merupakan PPT Podcast saya: 







Saturday, June 18, 2022

TUGASAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan kumpulan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab diagihkan secara adil kepada ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Proses penyediaan slaid bagi tugasan ini juga berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dan memberikan kerjasama yang amat baik. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan pembentangan.


Kehadiran kuliah 15 jun 2022

Tugasan Podcast

Tugasan podcast ini memerlukan kami untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan. Pembentangan mengambil masa 5 minit bagi tiap individu. Podcast boleh dipilih daripada channel yang sama tetapi tajuk yang dipilih mestilah berbeza bagi setiap individu. Kami diminta untuk menceritakan tentang podcast, sedikit latar belakang podcast tersebut, keistimewaan podcast, kandungan yang terdapat dalam podcast dan lain-lain. 

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:

1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production
5. VA Production

Saya memilih podcast "Ketenangan dalam Kekecewaan" daripada Radio IKIM FM bersama penceramah motivasi iaitu Prof Dato Dr Muhaya.


Kehadiran kuliah 15 Jun 2022

Thursday, June 16, 2022

VIDEO DOKUMENTARI

 Tajuk: Amalan Gaya Hidup Sihat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Semua orang impikan memiliki sebuah gaya hidup sihat, namun untuk membuat perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Membuang tabiat buruk dan menggantikannya dengan tabiat baik merupakan satu tugas yang amat mencabar. Ramai yang putus asa di tengah jalan. 

Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai amalan tabiat hidup yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Ia merupakan satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas. Ia juga merupakan satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga, masyarakat dan juga negara.


ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan pautan video dokumentari kumpulan saya yang bertajuk 'Amalan Gaya Hidup Sihat'



Kehadiran Kuliah Amali 

Tarikh: 17.06.2022

Masa: 10 - 11.00 a.m

Wednesday, June 15, 2022

ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO SETEMPAT


 Video setempat 

    Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video setempat merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video itu dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dengan humor dan perkara yang berlaku pada masa itu. Video setempat digemari oleh pengguna telefon bimbit yang gemar memberi berita terkini tentang dirinya.

Kali pertama menjejakkan kaki di Sushi King setelah berjuta juta kali dipaksa kini ku rela hahahaha.. Terpegun dan terpesona melihat makanan yang bergerak melalui semua meja meja di kawasan itu.. Makanan yang unik dan sangat enak walaupun rasa agak pelik namun tetap menikmati kerana perut yang sudah bergeroncong dari tadi.

Lokasi: SUSHI KING WETEX PARADE, MUAR JOHOR.

Berikut merupakan pautan YouTube video tugasan saya:

https://youtu.be/ev1tfhG2nOg









Tuesday, June 14, 2022

ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO TRAGEDI

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Emosi seperti sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video tragedi seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberikan impak dalam kehidupan seseorang. Video ini juga memerlukan lakonan yang baik daripada pelakon dan emosi yang terserlah dengan jelas di wajah setiap pelakon tersebut. Selain itu, video ini melibatkan tragedi seperti kemalangan, kematian, pembunuhan dan lain-lain. 

ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan persembahan video tragedi ahli kumpulan saya di Youtube: 



ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO SERAM

Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video seram merupakan video yang berbentuk penceritaan yang memberikan kesan yang menakutkan. Video seram biasanya melibatkan hantu atau entiti yang kelihatan atau tidak kelihatan. Video seram juga boleh melibatkan manusia namun penceritaan harus berfokus kepada seram dan menakutkan. Video seram sebagai asas video mempunyai durasi dalam tujuh minit sahaja. Hal in kerana penceritaan video ini ringkas dan padat. Sebagai individu yang baru belajar tentang asas video, video seram boleh membantu dalam membuat penggambaran di lokasi yang seram dan menakutkan orang ramai seperti dalam hutan, rumah kosong dan terbiar, kubur dan lain-lain.


ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan persembahan video seram ahli kumpulan saya di Youtube yang bertajuk "DENDAM ALIYA"



Friday, June 10, 2022

INFOGRAFIK KELEBIHAN 7 MEDIA SOSIAL

Bagi kelas amali minggu ini, kami diminta untuk menyediakan satu infografik kelebihan semua media sosial yang pernah dipelajari dalam kursus ini. Antaranya, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, LinkedIn, YouTube dan termasuklah Blogger sendiri. Setiap media sosial ini mempunyai kelebihan yang unik yang berbeza dengan platform media sosial lain. Berikut merupakan infografik kelebihan media sosial yang dihasilkan:





Kehadiran Amali minggu ke-11 (10.06.2022)

Thursday, June 9, 2022

ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO LAGU

    Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik.

    

ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan persembahan video lagu 2 insan ahli kumpulan saya di Youtube:



Kehadiran Kuliah - 8.06.2022

Wednesday, June 8, 2022

Asas Videografi: Video Fokus

    Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video fokus ataupun video tanpa wajah merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini kerana tiada wajah yang terdapat dalam video tersebut, maka emosi tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan.


ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan persembahan video fokus ahli kumpulan saya di Youtube yang bertajuk 'Surat Cinta Untuk Suami' 


Kehadiran kuliah Minggu 9 - 26.05.2022

Friday, June 3, 2022

LINKEDIN

Pembukaan Akaun Linkedin untuk masa hadapan!

Bagi kelas amali minggu ini, kami telah diperkenalkan berkaitan suatu platform bernama LinkedIn. LinkedIn ialah rangkaian profesional berasaskan microblogging terbesar di dunia. Platform ini ialah tempat yang sesuai untuk menghubungkan dan mengukuhkan hubungan profesional serta mengasah kemahiran dalam memajukan kerjaya. Pada dasarnya, LinkedIn serupa dengan Facebook tetapi lebih menjurus kepada membina hubungan profesional dan perniagaan, berbanding hubungan persahabatan yang biasanya digunakan untuk berkongsi perkara peribadi tentang kehidupan seharian seperti media sosial lain. Kami juga telah diajar mengenai langkah penciptaan akaun LinkedIn serta cara untuk berhubung atau 'connect' bersama pengguna yang lain seperti di bawah:





Kehadiran Amali minggu 10 (3.06.2022)






KETIKA DAN KALIMAT